Thursday, 24 September 2009

COUSIN BERHARI RAYA

Betapa indahnya Agama-Mu. Setiap syawal menjelang kami dapat berkumpul, bermesra dan mengeratkan ikatan tali persaudaraan. Indah memang indah.

Sahabat + Cousin


Bermanja kasih + Kenangan




Semoga rakaman hari ini menjadi ristaan indah di kemudian hari


Kenangan selalu datang pada diri kita





Semoga anak-anak kita menjadi pewaris berkelibar dan berwawasan


Sekian dulu, lain kali i klik lagi
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Wassalam

Monday, 21 September 2009

BERAYA BERSAMA PENAUNG CiHM

Seperti biasa di rumah mana mama menyambut Aidil Fitri di situlah anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul. Aku sangat bergembira kerana pada tahun ini rumahku sebagai lokasi mama berhari raya. Ini bererti adik-beradikku dan cucu-cucu mama akan berkunjung ke rumahku.
Sebenarnya sudah sekian lama kunantikan peluang keemasan ini [mama beraya di rumahku] namun kata putus ada pada mama. Namun aku bangga dengan keputusan dan pendirian mama. Dia punya hak atas anaknya.
Pagi ini rumahku dikerumuni oleh cucu-cucu mama. Betapa seronoknya aku melihat telatah dan gelagat mereka. Paparan berikut dapat menceritakan apa yang kumaksudkan...


Dari kecil hingga dewasa mereka seakan-akan tidak mahu berenggang


Aksi cucu dari Kg. Kilanas bersama Penaung CiHM



Abang ipar yang satu ini memang menjadi tumpuan cucu-cucu mama kerana pandai berkelakar dan menarik perhatian anak-anak


Becerita pengalaman masa silam agaknya


Cucu-cucu perempuan memasang gaya



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon ampun dan maaf
Semoga kita semua akan dapat berkumpul lagi pada Syawal mendatang
Wassalam


Saturday, 19 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran

Khamis : 27 Ramadan 1430/ 17 September 2009 - Dilangsungkan Majlis Khatam Al-Quran bagi CiHM di kediaman Awg. Salim dan keluarga. Majlis bermula seawal jam 4.15 ptg. Ini merupakan majlis kali ke-2 bagi CiHM. Projek amal ini turut disokong dan dikendali bersama oleh AiHM.

Majlis diserikan dengan 'Bunga Telor' yang beraneka corak.

CiHM membaca surah dengan tenang dan khusuk
mengikut giliran masing-masing


AiHM yang berpengalaman dalam majlis Khatam Al-Quran turun menyumbang ilmu kepada CiHM



Doa Khatam dibaca oleh sikecil molek
Beliau memang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam khal ini
"Sikecil berjiwa besar"

' Zikir Marhaban' juga dilakukan oleh Keluarga CiHM sendiri. Tahniah!



AiHM dan undangan istimewa
Terima kasih kepada bapa Hj. Ramle & Isteri kerana sudi hadir. Juga jutaan terima kasih pada sumbangan makanan yang dihulurkan, semoga rezeki kita akan terus bertambah-tambah

Ucapan salam dan kesyukuran bersama Penaung CiHM

Seorang demi seorang memohon restu dan keampunan



Bagi kaum Hawa biasalah tu, bersalam dan berpelukan


Beruntung masih berkesempatan dapat menatap wajah nini bini
Jangan pula dilupakan nini-nini laki kamu yang telah pergi buat selamanya biarpun kamu tidak pernah melihat wajah mereka

CiHM yang sangat sporting


Kecil-besar, tua-muda tidak melepaskan peluang
menunjukan kasih sayang masing-masing

Kebetulan juga pada hari itu, seorang AiHM menyambut hari ulang tahun
"Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur
dan terus berjaya dalam kehidupan"
Dik Kinah, how old is he? Are we sure he is 33...

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, masa-masa yang tersisa diisi dengan beberapa nasihat, juga jenaka dan peringatan yang disampaikan oleh tuan kesayangan kita.. hidup tuannn!

Sekian liputan ringkas mengenai Majlis Khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh CiHM. Semoga perkara berkebajikan yang dilaksanakan itu mendapat rahmat Allah dan semoga Allah mengangkat darjat kita ke suatu mercu yang lebih baik, Amin. Wassalm.

Saturday, 5 September 2009

Tetamu di Pagi Jumaat

Pagi Jumaat - 14 Ramadan 1430/ 04.09.09
Hadir membawa beberapa botol air zam-zam oleh-oleh daripada mengerjakan Ibadah Umrah...Masyallah! sucinya hatimu. Engkau abang angkat keluarga iHM.


Sebenarnya dia berbangsa Cina, bapanya Cina Brunei (Kg. Subuk) manakala ibunya Cina Sabah (Sundar/Lawas/Lintang).

Bekerja 'Survey' seawal usia 16 tahun. Sewaktu bekerja di Daerah Tutong (Sinaut) dia bertemu dengan iHM dan dari situlah bermulanya detik besejarah bagi dirinya dan keluarga iHM ketika itu. Setelah memeluk Agama Islam beliau menjadi anak angkat kepada Keluarga iHM.

Setelah berkhidmat dengan pekerjaan 'Survey' selama 16 tahun beliaupun meninggalkan pekerjaan itu lalu berkelana ke Daerah Belait dan menceburkan diri dalam kerjaya Nelayan (Persendirian). Di situ beliau bertemu jodoh dengan gadis Pulau Hawai Belait.

Itulah saja cerita ringkas yang saya ketahui, saya yakin AiHM yang lain lebih mengetahui mengenai diri beliau. Sudi-sudikanlah mengongsikan cerita menarik mengenai diri beliau guna untuk pengetahuan anak-anak kita yang masih samar-samar mengenai diri beliau sebenarnya.


Wassalam.

Sunday, 30 August 2009

Thursday, 27 August 2009

MENU 6 RAMADAN 1430H

Menu istimewa bagi Penaung CiHM


Soto and begedil daging. Memang best punya

Selamat menunaikan ibadah Puasa

Wassalam



Saturday, 22 August 2009

JUADAH 1st Ramadhan












Selamat menunaikan Ibadah Puasa
Semoga amal kebajikan kita diterima Allah
Semgoa kita akan terus dipertemukan dengan Bulan Rahadhan pada masa-masa mendatang