Wednesday, 30 December 2009

Perjalanan Ke Miri


Rabu 30 Disember 2009, dalam detik masa di penghujung usianya akan meninggalkan Tahun 2009 sekali lagi CiHM mencipta satu catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan apabila Penaung CiHM sama-sama turun padang menyertai perjalanan menggunakan bas ke Miri Sarawak. Seawal 6.30 pagi bas berangkat menuju ke lokasi dengan iringan doa yang dipimpin oleh Pengerusi CiHM. Doa yang ringkas tetapi tepat dan penuh makna dan pengertian.


Saya berasa perjalanan hari ini amat bermakna dan berharga bagiku juga bagi mereka yang menyertainya. Perjalanan bersamamu mama tidak mungkin kulupakan, malah kuberbangga dengan semangat juangmu yang tinggi terhadap kami. Engkaulah serikandi hidup kami.


Di wajahmu menampakan keikhlasan hatimu berjuang bersama kami. Restuilah cita-cita kami untuk terus bersatu dan menjadi sebuah ikatan keluarga yang kuat dan kental




Berdiri megah di perbatasan orang. Teruskan langkahmu dalam mengharungi perlumbaan hidup ini. Semakin jauh kita berjalan semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kita dapat





Bakal pendidik anak bangsa. Isikan dadamu dengan ilmu yang secukupnya. Jangan tanya apa bakti negara kepada kita tetapi tanyalah apa bakti kita kepada negara. Teruskan harapan dan cita-citamu


Tol Sungai Tujuh [M$10.00]
Dalam hidup ada batasannya. Begitu juga dengan undang-undang negara. Namun untuk berjaya dalam hidup berpeganglah dengan undang-undang Agama





Distinasi pertama yang dikunjungi oleh rombongan AiHM & CiHM
The Imperial Mall






Betuah rasanya dapat begambar bersama Penaung CiHM di rantau orang






Posting terakhir sebelum berangkat balik
[The Top Girls kali ahhh]



Inilah klik terakhirku untuk Tahun 2009 ini. Segala kesilapan harap maafkan. Maklum sajalah saya cuma insan biasa yang tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Wassalam



Monday, 28 December 2009

LAWATAN

Ahad - 27hb Disember 2009 Keluarga CiHM & AiHM mencipta satu catatan sejarah yang sangat berharga apabila buat julung-julung kalinya membuat lawatan beramai-ramai ke Alat Kebesaran Diraja, NBD dengan baju tempahan khas bagi keluarga ini. Warna biru tua dengan sedikit jalur putih membawa makna yang tersendiri buat keluarga ini. Logo khusus bagi CiHM terpampang megah di depan sebelah kanan baju. Logo yang berkonsepkan "Insan, Iman & Ehsan" adalah hasil cipta AiHM yang bongsu dalam keluarga HM. Tahniah dan syabas!

Lihatlah betapa megahnya biru putih menyeberangi jalanraya dengan penuh disiplin, sambil diperhati oleh pelawat luar negeri yang kebetulan berada di situ pada waktu yang sama







Ini dia serikandi CiHM
Hidup CiHM!





Pelawat Asing yang kebetulan sama-sama tiba di lokasi lawatan
[Mungkin pelawat dari Negeri China]

Bergambar megah dengan baju CiHM
Semogalah perjalanan hidup kita sentiasa di landasan yang benar, dan semogalah kita sentiasa dalam peliharaan dan rahmat-Nya





AiHM pendokong kuat kepada CiHM tidak melepaskan peluang mengikut aksi anak-anak bagi memecah tradisi kolot dan ketinggalan zaman. Namun berpegang kepada konsep "Insan, Iman dan Ehsan"



Keluarga CiHM singgah menunaikan sembahyang Fardhu Zohor di Masjid Jamie Asri
Ini bererti baju CiHM turut sama bersujud menghadap Ilahi



Keluarga CiHM meneruskan perjalanan ke Taman Hutan Simpan Berakas
Bebola mata sentiasa memerhatikan kepada keluarga CiHM agaknya ingin tahu siapa garangan baju biru berjalur putih





Baju CiHM berjaya dibawa ke menara bukit dengan berlatar belakangkan Laut China Selatan yang terbentang luas. Secara tidak langsung membawa pengertian yang hidup ini mesti berani menempuh ombak dan badai. Saya sangat pesimis yang CiHM mampu melakukan tranfomasi kehidupan yang berlandaskan Agama Islam




Ini dia wajah-wajah serikandi CiHM yang berfalsafah 'Cinta Harmoni Mesra'
Jangan tanya apa bakti ibu kepada kita, tetapi tanyalah apa bakti kita kepada ibu


Ini dia orang kuat CiHM
[Pengerak, pejuang dan pelaksana]
Sekian dulu, lain kali aku Klik lagi
Wasalam

Tuesday, 1 December 2009

Majlis Penutup Sekolah & Sambutan Hari Guru Ke-19

AHAD - 22 November 2009 dilangsungkan Majlis Hari Penutup Sekolah & Sambutan Hari Guru Ke-19 Tahun. Acara 2 in 1 ini adalah bagi menjimatkan masa para guru dan penduduk kampung yang sentiasa sibuk dengan masa..."Masa itu Emas"

Majlis diadakan dalam bentuk yang simple sahaja kerana sekolah ini belum mempunyai bangunan dewan sekolahnya. Namun segala puji bagi Allah, kerana majlis hari itu berjalan dengan lancar dan sempurna. Cuaca hari itu sangat mengizinkan, biarpun pada malam sebelumnya hujan turun mencurah-curah mengakibatkan beberapa kawasan rendah di negara kita dilanda banjir kilat.

Menyahut falsafah negara 'Melayu Islam Beraja' maka majlis pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan NBD yang dinyanyikan oleh para hadirin dari peringkat umur kanak-kanak hinggalah kepada usia warga emas.

Doa itu senjata orang Mukmin


Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak akan lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara merisik rasa

Ucapan Pengerusi PIBG SR.Penapar Tutong
Kewujudan PIBG di sekolah ini adalah sangat penting :
Agar dapat menokok barang yang kurang
Agar dapat mengulas mana yang senteng
Agar dapat menyambung mana yang pendek
Usang-usang minta diperbaharui
Lapuk-lapuk minta dikajangi
Yang singkat tolong sambungkan
Yang panjang tolong keratkan
Yang koyak minta ditambal

Sangat besar ertinya bagi ibu bapa mendengar anak-anak berbicara, melihat anak-anak bercengkarama, menari lemah-gemulai, bernyanyi suaranya merdu, berdiri lagaknya gagah, berhibur bersemangat waja

Tetamu kehormat majlis dan para hadirin tentunya datang menilik-menilai, menyukat-nyukat, menimbang-nimbang berat ringan kemampuan sekolah, tinggi-rendah kualiti diri, halus-kasar peribadi dan perwatakan anak-anak mereka yang dididik oleh guru-guru....????????? 'suatu kebanggaan atau kekecewaan'





Pemimpin harus berhati dan berjiwa pemimpin
Kepentingan anak buah harus diambil kira secara rinci

Kasihi mereka!!
Merekalah yang merintis perjalanan yang kita lalui
Biarpun telah bergelar warga emas, namun semangatnya terhadap pendidikan cucu-cucunya tetap merah menyala

Tugas mendidik bukan diserahkan kepada sekolah semata-mata.
Ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak, maka sokonglah kemajuan akademik anak-anak dengan memberi galakan yang berupa kata nasihat, pujian atau hadiah


Soalan meneka banyak isi buah durian

Buah durian buah berduri
Isinya sedap sangat wangi
Kalaulah tuan hati berani
Buka kulit dapat isi...
[Cuba teka berapa ulas isi durian agaknya yang terdapa dalam durian yang dibuka ini?]

Pertemuan dua pemimpin. Satu memimpin mukim dan yang satu memimpin sekolah. Bersua muka, bertentangan mata sambil menghulur dan menerima hadiah. "Apa yang orang lain rasa tidak sama dengan apa yang kita fikirkan begitulah sebaliknya"


Sekian dulu buat kali ini
Lain kali aku Klik lagi
Wassalam!