Usaha pihak 'Bomba dan Penyelamat' dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya kebakaran amat disanjung tinggi. Baru-baru ini satu taklimat dan demonstrasi kebakaran dilaksanakan di sekolah kami. Pihak sekolah sangat beruntung kerana berpeluang mendengar taklimat dan tunjukcara memadam api.
Kunjungan pihak 'Bomba dan Penyelamat' sekurang-kurang memberi banyak faedah kepada kami khususnya warga sekolah. Kami bukan sahaja mempelajari teori-teori mencegah kebakaran malah berpeluang menggunakan alat pemadam api yang beraneka jenis dan kegunaannya. "Memiliki alat pemadam api tetapi tidak tahu menggunakannya sama saja seperti memiliki senapang tanpa peluru"
PASS - Pull the pin, Aim, Swith, Swift
Sekian dulu lain kali aku klik lagi. Namun marilah kita meningkatkan waspada pada bahaya api. Kelalaian yang kecil meninggalkan kerugian yang besar. Kecil-kecil dibuat kawan sudah besar menjadi lawan, itulah dia api