Thursday, 29 January 2009

KETENANGAN

Kucari ketenangan pada keunikan ciptaan-Mu

























Lima image yang berbeza membawa berbagai pengertian dan ketenangan, betapa agungnya ciptaan Allah.





Monday, 26 January 2009

KECUR


Ambuyat [Jelit] makanan tradisi yang suatu ketika dahulu hanya dikenali oleh masyarakat setempat. Namun kini populariti makanan ini sudah melimpasi Laut China Selatan.
Ketika ini di kebanyakan restaurant ternama ambuyat menjadi hidangan istimewa.


Ini dia aksi makan ambuyat/jelit di rumah KlikKlik.
Sebenarnya situasi ini berlaku secara kebetulan, tanpa dirancang. Idea kan makan jelit timbul secara sepontan.



Tiga mangkok jelit disediakan, cukup dengan cacahnya yang beraneka rasa - sambal binjai, sambal membangan, sambal limau, sambal sadin...
Macam inda sabar ja usul diorang ni...





Baru best menunya hari ani. Bila lagi.....? sound2 ja.... ok 2
layan.




Lepas makan anak-anak menyambung perbualan topik mereka. Entahlah apa agaknya yang mereka bincangkan...nampak serious ja usulnya.












Di sudut yang lain kami dengan kenangan silamnya. Hakim n Mizah enjoy mendangar kisah2 lama zaman kami di Sinaut dulu... kisah besigup, minum air paip, menangkap mengkutut dan banyak lagi.









Ini dia demontrasi cara-cara besigup. Apa macam, siapa yang tinggi markahnya?






Astaga.. kumbo ido na






Segala yang dipaparkan sekedar hiburan semata, bukan untuk menyinggong sesiapa. Aku sangat gembira dapat makan bersama keluarga, lebih-lebih lagi keluarga yang jauh [Yamal & Hj. Rahim]. Semoga pada masa mendatang semua keluarga kita akan dapat berkumpul bersama, makan bersama, ketawa bersama dan gembira bersama.
Wassalam.


Saturday, 24 January 2009

USAHA TANGGA KEJAYAAN

27 Muharram 1430/24 Januari 2009 - [Sabtu] Jam 2.00 petang bertempat di Dewan Persidangan II Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas berlangsung Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Bagi Pelajar-Pelajar dan Sekolah-Sekolah Cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Senegara Kali ke-4.
Biarpun sekolah ini jauh di perbatasan namun semangat juangnya yang tinggi mampu membawa sekolah ini di mercu yang lebih baik. Tahniah! kepada guru-guru, murid-murid, dan pegawai-pegawai di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong.



Hadiah Penghargaan
Harapan untuk membawa sekolah ini ke mercu yang baik kini menjadi realiti














Sijil Penghargaan




RENUNGAN
"Hanya orang BODOH yang mengaku dirinya itu PANDAI

Sekian dulu, lain kali aku klik lagi. Wassalam.




Friday, 23 January 2009

PAGI YANG ANEH

Sekitar jam 8.28 pagi kulihat sinar sang suria memancar terang di celah-celah dedaun. Apakah ini pertanda musim tengkujuh akan berakhir melanda bumi kita. Minggu kebelakangan hujan lebat yang turun mencurah-curah menimbulkan implikasi komplek kepada beberapa kawasan di negara ini. Itulah kebesaran-Nya.
Dalam keghairahanku memerhatikan sinaran mentari pagi, tiba-tiba mataku terpaku pada serumpun cendawan yang tumbuh segar di celah-celah batu bunga. Sungguh ajaib.

Inilah dia cendawan yang dimaksudkan. Cendawan ini ialah 'cendawan batu'. Bagaimanapun nama saintifiknya saya kurang pasti.



Cendawan ini tidak boleh dimakan kerana ia keras macam batu





Selang beberapa minit kemudian, saya dikejutkan lagi dengan kejadian yang lebih aneh. Di sekitar cendawan tadi terdapat seekor ular kuning hitam dan seekor kura-kura paya. Jangan-jangan cendawan batu ini mempunyai kelebihan yang luar biasa. AWAS - Jangan percaya kepada yang tahyul. Sesuatu itu tidak boleh memberi kesan apa-apa kecuali Allah.



Ular dan kura-kura di sekitar cendawan





Ke mana perginya Siular kuning hitam itu?
Jangan-jangan masuk ke dalam rumah....
Ini BAHAYA. Aku mesti cepat bertindak kerana dalam rumah ada orang tua [Penaung CiHM]
Aku mesti bertindak cepat...


Nda sampai beberapa detik ular yang berbisa itupun mampu kujinakan dengan sekelip mata. Tidak perlu panggil bomba kerana mereka masih sibuk dengan kejadian tanah susur di merata tempat.

PERHATIAN
Kalau ada kejadian ganjil atau aneh akan kulaporkan lagi dari masa ke semasa untuk pengetahuan bersama. Namun perlu diingat bahawa segala yang saya paparkan di atas adalah PALSU BELAKA. Maka dalam kehidupan sehari-hari "Berhati-hatilah memilih antara kaca dengan permata" dan "Jadilah sebiji benih yang baik, jika jatuh ke laut akan menjadi pulau"
Sekian, jumpa lagi dilain kesempatan.

























Thursday, 15 January 2009

TEKA-TEKA IMAM GHAZALI




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



Sekian untuk renungan bersama. InsyaAllah lain kali aku klik lagi. Wassalam







Sunday, 4 January 2009

Malam Titian Mesra



SABTU - 03 Januari 09  seawal 7.35 mlm. KlikKlik & isteri menghadiri Majlis Malam Titian Mesra undangan 'Kumbangmu' di Holiday Lodge Jerudong.  Biarpun usia penubuhan 'Kumbangmu' masih begitu muda namun perancangan mereka sudah bersifat dewasa ini terbukti daripada beberapa aktiviti yang telah dan akan mereka ungkayahkan sepertimana yang dilafazkan dalam teks ucapan Chatmaster pada malam perhimpunan itu.  Syabas and tahniah kepada Kumbangmu!.  Teruskan perjuangan.....  Berikut beberapa aksi Kumbangmu yang sempat dirakam pada malam gemilang itu.



UCAPAN PENGERUSI DAN TETAMU KEHORMAT 'CHATMASTER'

Ikutlah apa yang saya katakan, bukan apa yang saya buat
Apa yang saya fikirkan tidak sama dengan apa yang kamu rasakan
Apa yang kamu fikirkan tidak sama dengan apa yang saya rasakan




BERAMAH MESRA DENGAN PESERTA YANG HADIR


Bulat air kerana pembentong bulat manusia kerana mufakat





MENIKMATI JAMUAN

Makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang





PERSEMBAHAN NYANYIAN

Nyanyian yang cukup bertenaga dan mencuit perasaan





CABUTAN NOMBOR BERTUAH



SHAMRA 88 - antara  nombor yang terundi bertuah pada malam itu
"Tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia tiada yang tahu"




Kepada 'Kumbangmu' diucapkan terima kasih daun keladi kalau......
Wassalam.








Friday, 2 January 2009

UNGU MENGATASI MERAH


ISNIN - 29 Dis 2008 sekitar jam 4.00 - 6.05 ptg. di SR. Keriam Tutong 1  diadakan Perlawanan Bola Jaring persahabatan di kalangan keluarga CiHM bagi mengeratkan silaturahim kalangan keluarga CiHM, mencukil bakat terpendam, menimba pengetahuan dan pengalaman, mengisi masa lapang dan membuktikan CiHM itu boleh dan berwawasan.



Mupakat membawa berkat
Bersatu teguh bercerai roboh




Gelagat The Red Team




Sebelum bemain aku disuruh jadi refree






Permainan semakin rencak setelah kami mengganti pemain yang ngalih






Pergerakanku sentiasa dikawal ketat





Teknik dan strategi perlu ada pada diri pemain





Sokongan moral itu penting
"Semoga kita menjadi contoh yang baik kepada anak-anak"





"Aduiii, batah jua kami ani basar!"





Akhirnya kami diberi kesempatan jua bermain
Sikecil berjiwa besar
'Experience is the best teacher'






Hiruk-pikuk gelanggang berhenti sebelum azan Maghrib berkumandang
Kami pulang dengan kepuasan 







Lepas bermain KlikKlik singgah di Halim Plaza
Indahnya penoram malam, itulah kebesaran Allah





Berbelanja pada yang perlu saja
"Ingat sebelum kena berjimat sebelum habis"
"Boros itu saudara syaitan"



Cukup sampai di sini, lain kali berjumpa lagi. 
Wassalam