CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 1 December 2009

Majlis Penutup Sekolah & Sambutan Hari Guru Ke-19

AHAD - 22 November 2009 dilangsungkan Majlis Hari Penutup Sekolah & Sambutan Hari Guru Ke-19 Tahun. Acara 2 in 1 ini adalah bagi menjimatkan masa para guru dan penduduk kampung yang sentiasa sibuk dengan masa..."Masa itu Emas"

Majlis diadakan dalam bentuk yang simple sahaja kerana sekolah ini belum mempunyai bangunan dewan sekolahnya. Namun segala puji bagi Allah, kerana majlis hari itu berjalan dengan lancar dan sempurna. Cuaca hari itu sangat mengizinkan, biarpun pada malam sebelumnya hujan turun mencurah-curah mengakibatkan beberapa kawasan rendah di negara kita dilanda banjir kilat.

Menyahut falsafah negara 'Melayu Islam Beraja' maka majlis pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan NBD yang dinyanyikan oleh para hadirin dari peringkat umur kanak-kanak hinggalah kepada usia warga emas.

Doa itu senjata orang Mukmin


Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak akan lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara merisik rasa

Ucapan Pengerusi PIBG SR.Penapar Tutong
Kewujudan PIBG di sekolah ini adalah sangat penting :
Agar dapat menokok barang yang kurang
Agar dapat mengulas mana yang senteng
Agar dapat menyambung mana yang pendek
Usang-usang minta diperbaharui
Lapuk-lapuk minta dikajangi
Yang singkat tolong sambungkan
Yang panjang tolong keratkan
Yang koyak minta ditambal

Sangat besar ertinya bagi ibu bapa mendengar anak-anak berbicara, melihat anak-anak bercengkarama, menari lemah-gemulai, bernyanyi suaranya merdu, berdiri lagaknya gagah, berhibur bersemangat waja

Tetamu kehormat majlis dan para hadirin tentunya datang menilik-menilai, menyukat-nyukat, menimbang-nimbang berat ringan kemampuan sekolah, tinggi-rendah kualiti diri, halus-kasar peribadi dan perwatakan anak-anak mereka yang dididik oleh guru-guru....????????? 'suatu kebanggaan atau kekecewaan'





Pemimpin harus berhati dan berjiwa pemimpin
Kepentingan anak buah harus diambil kira secara rinci

Kasihi mereka!!
Merekalah yang merintis perjalanan yang kita lalui
Biarpun telah bergelar warga emas, namun semangatnya terhadap pendidikan cucu-cucunya tetap merah menyala

Tugas mendidik bukan diserahkan kepada sekolah semata-mata.
Ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak, maka sokonglah kemajuan akademik anak-anak dengan memberi galakan yang berupa kata nasihat, pujian atau hadiah


Soalan meneka banyak isi buah durian

Buah durian buah berduri
Isinya sedap sangat wangi
Kalaulah tuan hati berani
Buka kulit dapat isi...
[Cuba teka berapa ulas isi durian agaknya yang terdapa dalam durian yang dibuka ini?]

Pertemuan dua pemimpin. Satu memimpin mukim dan yang satu memimpin sekolah. Bersua muka, bertentangan mata sambil menghulur dan menerima hadiah. "Apa yang orang lain rasa tidak sama dengan apa yang kita fikirkan begitulah sebaliknya"


Sekian dulu buat kali ini
Lain kali aku Klik lagi
Wassalam!

Saturday, 28 November 2009

Majlis Korban

Hari ini 10 Zulhijjah 1430/ 28 November 2009 diadakan Majlis Korban di Rumah Hj. Bakri - Kg Petani Tutong.

Prosedur sebelum proses penyembelihan dilaksanakan

Aksi AiHM menarik kalat untuk mengunci kaki kerbau. Berbekal pengalaman memelihara sapi semasa kanak-kanak dulu sedikit sebanyak membantu kerja-kerja mengunci kaki kerbau

Itu dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk merebahkan sikerbau


Terpegun melihat teknik menumbangkan kerbau dengan cukup mudah



AllahuAkhbar!



Ingin melihat secara dekat dan 'life'


Antara saksi mata yang menyaksikan proses penyembelihan



Foto kenangan sempena majlis korban



Cendawan



Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing
Sekian dulu
Selamat Hari Raya Haji
Wassalam

Friday, 16 October 2009

Indahnya CiptaanMu

Setelah sekian lama kumenunggu kini ia mucnul dengan bunga-bunga yang lebat dan indah. Aku cukup teruja melihat keindahan bunga dan warnamu. Perasaanku terasa damai, riang dan harmoni melihat keindahan ciptaanMu. Perasaanku semakin tercuit tatkala melihat sinaran mentari pagi atau mentari petang menyentuh dedaun atau bunga-bunga yang sedang mekar ini.














Dalam keasyikanku melihat bunga kertas yang kembang mekar, kegembiraanku semakin bertambah pabila melihat kemunculan beberapa tangkai bunga yang sungguh cantik dan unik berdekatan anggrek ungu. Aku difahamkan bunga ini jarang berbunga... benarkah?
Wassalam

Thursday, 24 September 2009

COUSIN BERHARI RAYA

Betapa indahnya Agama-Mu. Setiap syawal menjelang kami dapat berkumpul, bermesra dan mengeratkan ikatan tali persaudaraan. Indah memang indah.

Sahabat + Cousin


Bermanja kasih + Kenangan




Semoga rakaman hari ini menjadi ristaan indah di kemudian hari


Kenangan selalu datang pada diri kita





Semoga anak-anak kita menjadi pewaris berkelibar dan berwawasan


Sekian dulu, lain kali i klik lagi
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Wassalam

Monday, 21 September 2009

BERAYA BERSAMA PENAUNG CiHM

Seperti biasa di rumah mana mama menyambut Aidil Fitri di situlah anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul. Aku sangat bergembira kerana pada tahun ini rumahku sebagai lokasi mama berhari raya. Ini bererti adik-beradikku dan cucu-cucu mama akan berkunjung ke rumahku.
Sebenarnya sudah sekian lama kunantikan peluang keemasan ini [mama beraya di rumahku] namun kata putus ada pada mama. Namun aku bangga dengan keputusan dan pendirian mama. Dia punya hak atas anaknya.
Pagi ini rumahku dikerumuni oleh cucu-cucu mama. Betapa seronoknya aku melihat telatah dan gelagat mereka. Paparan berikut dapat menceritakan apa yang kumaksudkan...


Dari kecil hingga dewasa mereka seakan-akan tidak mahu berenggang


Aksi cucu dari Kg. Kilanas bersama Penaung CiHM



Abang ipar yang satu ini memang menjadi tumpuan cucu-cucu mama kerana pandai berkelakar dan menarik perhatian anak-anak


Becerita pengalaman masa silam agaknya


Cucu-cucu perempuan memasang gaya



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon ampun dan maaf
Semoga kita semua akan dapat berkumpul lagi pada Syawal mendatang
Wassalam


Saturday, 19 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran

Khamis : 27 Ramadan 1430/ 17 September 2009 - Dilangsungkan Majlis Khatam Al-Quran bagi CiHM di kediaman Awg. Salim dan keluarga. Majlis bermula seawal jam 4.15 ptg. Ini merupakan majlis kali ke-2 bagi CiHM. Projek amal ini turut disokong dan dikendali bersama oleh AiHM.

Majlis diserikan dengan 'Bunga Telor' yang beraneka corak.

CiHM membaca surah dengan tenang dan khusuk
mengikut giliran masing-masing


AiHM yang berpengalaman dalam majlis Khatam Al-Quran turun menyumbang ilmu kepada CiHM



Doa Khatam dibaca oleh sikecil molek
Beliau memang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam khal ini
"Sikecil berjiwa besar"

' Zikir Marhaban' juga dilakukan oleh Keluarga CiHM sendiri. Tahniah!



AiHM dan undangan istimewa
Terima kasih kepada bapa Hj. Ramle & Isteri kerana sudi hadir. Juga jutaan terima kasih pada sumbangan makanan yang dihulurkan, semoga rezeki kita akan terus bertambah-tambah

Ucapan salam dan kesyukuran bersama Penaung CiHM

Seorang demi seorang memohon restu dan keampunan



Bagi kaum Hawa biasalah tu, bersalam dan berpelukan


Beruntung masih berkesempatan dapat menatap wajah nini bini
Jangan pula dilupakan nini-nini laki kamu yang telah pergi buat selamanya biarpun kamu tidak pernah melihat wajah mereka

CiHM yang sangat sporting


Kecil-besar, tua-muda tidak melepaskan peluang
menunjukan kasih sayang masing-masing

Kebetulan juga pada hari itu, seorang AiHM menyambut hari ulang tahun
"Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur
dan terus berjaya dalam kehidupan"
Dik Kinah, how old is he? Are we sure he is 33...

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, masa-masa yang tersisa diisi dengan beberapa nasihat, juga jenaka dan peringatan yang disampaikan oleh tuan kesayangan kita.. hidup tuannn!

Sekian liputan ringkas mengenai Majlis Khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh CiHM. Semoga perkara berkebajikan yang dilaksanakan itu mendapat rahmat Allah dan semoga Allah mengangkat darjat kita ke suatu mercu yang lebih baik, Amin. Wassalm.

Saturday, 5 September 2009

Tetamu di Pagi Jumaat

Pagi Jumaat - 14 Ramadan 1430/ 04.09.09
Hadir membawa beberapa botol air zam-zam oleh-oleh daripada mengerjakan Ibadah Umrah...Masyallah! sucinya hatimu. Engkau abang angkat keluarga iHM.


Sebenarnya dia berbangsa Cina, bapanya Cina Brunei (Kg. Subuk) manakala ibunya Cina Sabah (Sundar/Lawas/Lintang).

Bekerja 'Survey' seawal usia 16 tahun. Sewaktu bekerja di Daerah Tutong (Sinaut) dia bertemu dengan iHM dan dari situlah bermulanya detik besejarah bagi dirinya dan keluarga iHM ketika itu. Setelah memeluk Agama Islam beliau menjadi anak angkat kepada Keluarga iHM.

Setelah berkhidmat dengan pekerjaan 'Survey' selama 16 tahun beliaupun meninggalkan pekerjaan itu lalu berkelana ke Daerah Belait dan menceburkan diri dalam kerjaya Nelayan (Persendirian). Di situ beliau bertemu jodoh dengan gadis Pulau Hawai Belait.

Itulah saja cerita ringkas yang saya ketahui, saya yakin AiHM yang lain lebih mengetahui mengenai diri beliau. Sudi-sudikanlah mengongsikan cerita menarik mengenai diri beliau guna untuk pengetahuan anak-anak kita yang masih samar-samar mengenai diri beliau sebenarnya.


Wassalam.