SABTU - 03 Januari 09 seawal 7.35 mlm. KlikKlik & isteri menghadiri Majlis Malam Titian Mesra undangan 'Kumbangmu' di Holiday Lodge Jerudong. Biarpun usia penubuhan 'Kumbangmu' masih begitu muda namun perancangan mereka sudah bersifat dewasa ini terbukti daripada beberapa aktiviti yang telah dan akan mereka ungkayahkan sepertimana yang dilafazkan dalam teks ucapan Chatmaster pada malam perhimpunan itu. Syabas and tahniah kepada Kumbangmu!. Teruskan perjuangan..... Berikut beberapa aksi Kumbangmu yang sempat dirakam pada malam gemilang itu.
UCAPAN PENGERUSI DAN TETAMU KEHORMAT 'CHATMASTER'
Ikutlah apa yang saya katakan, bukan apa yang saya buat
Apa yang saya fikirkan tidak sama dengan apa yang kamu rasakan
Apa yang kamu fikirkan tidak sama dengan apa yang saya rasakan
BERAMAH MESRA DENGAN PESERTA YANG HADIR
Bulat air kerana pembentong bulat manusia kerana mufakat
MENIKMATI JAMUAN
Makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang
PERSEMBAHAN NYANYIAN
Nyanyian yang cukup bertenaga dan mencuit perasaan
CABUTAN NOMBOR BERTUAH
SHAMRA 88 - antara nombor yang terundi bertuah pada malam itu
"Tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia tiada yang tahu"
Kepada 'Kumbangmu' diucapkan terima kasih daun keladi kalau......
Wassalam.
No comments:
Post a Comment