Friday, 30 April 2010

ANGEL BEACH TUTONG

'Angel Beach' lokasi yang dipilih oleh Kimosabi untuk menyempurnakan penyampaian hadiah bagi perlawanan badminton antara dua keluarga (CiHM and Kaka) memang cun punya dan memenuhi cita rasa semua peringkat usia.

Sebelumnya saya cukup yakin sebilangan besar daripada kita belum tahu di mana sebenarnya tempat pantai ini. Secara tidak langsung harapan Kimosabi menyokong Kenali Negara Kita (KNK) juga terlaksana.

Kimosabi mengatur strategi perkelahan begitu bersahaja tetapi hasilnya cukup lumayan. Malah merupakan sesuatu yang luar jangkaan. Gambar berikut dapat bercerita apa yang saya maksudkan :


























Semuanya riang gembira. Tidak ada yang perlu disesalkan lagi kecuali jika melupakan kenangan yang indah ini. Saya juga percaya Kimosabi berpuas hati dengan apa yang dirancang dan dicita-citakannya. Congrat!...... Anggin


Wassalam






Friday, 9 April 2010

SELAMAT ULANG TAHUN MAMA

"Mama selamat Ulang Tahun kami ucapkan untukmu" biarpun mama tidak pandai membaca catatan ini, namun kami yakin dengan hanya melihat paparan wajah di sini sedikit sebanyak mama mengerti hati dan niat suci kami terhadapmu mama.

Tiada hadiah yang paling berharga dapat kami persembahkan kepadamu selain mendoakanmu semoga terus sihat sejahtera dan merestui usaha anak-anak agar terus berjaya.

Mama jasa dan pengorbananmu kami sanjung tinggi. Engkaulah serikandi hidup kami, engkau ibu dan juga ayah kami setelah ayah mendahului kita lebih 30 tahun yang lalu. Kalaulah ayah masih ada tentu ia juga akan hidup bergembira bersama kita. Namun Allah maha mengetahui atas segala-segalanya.

Banyaklah angsa berebut terbang

Membubung angsa setinggi depa

Banyaklah jasa disebut orang

Agunglah jasa ibu dan bapa


Sebesar-besar mayang pinang

Takkan sama mayang kelapa

Sebesar-besar sayang orang

Takkan sama sayang ibu dan bapa




Supaya tangan tidak terluka

Jangan dimain tudung celapa

Supaya Tuhan tidak murka

Jangan sakiti hati ibu dan bapa



Salam sayang buat Ibu Hjh. Aisah dariku, isteri dan anak-anak

Wassalam

Thursday, 8 April 2010

GELAGAT PEMINAT



Fokus kepada perlawanan regu perempuan






Pencatat mata perlawanan




Kuih Celurut turut mengambil peranan

Penganjur perlawanan mengarahkan sesuatu

Saat menanti mata kemenangan
Wassalam

Saturday, 3 April 2010

AKSI KAMI SEMALAM

Perlawanan persahabatan badminton semalam memang benar-benar mencapai objektif perlawanan iaitu 'Fun and Friendship'. Berbagai aksi dan gelagat harmonis, lucu, seru dan mengasyikan berlaku semalam. Situasi ini setentunya menjadi memori indah dan amat sukar untuk dilupakan. Malah menjadi satu catatan sejarah bagi kedua belah pihak.
Sekalung tahniah kepada penganjur perlawanan, kepada pengawas am, kepada para pemain dan para penyokong yang bersemangat tinggi menjayakan perlawanan semalam.
Hamparan karpet hijau menjadi saksi kemesraan kita, tali perhubungan keluarga kita, kerjasama kita, dan yang pasti selogan komiti kita "Cinta Harmoni Mesra"
Rakaman gambar berikut sedikit sebanyak dapat menceritakan aksi kita semalam :

Regu Pertama CiHM/AiHM menang 'Rubber Game'
Memang sukar untuk menewaskan regu lawan apalagi pemain di posisi belakang. Corak dan teknik serangan yang digunakan berbagai-bagai membuat kami hampir kecundang di set penentuan.




Regu Pertama Perempuan mengutip 3 mata penuh
Aksi anak-beranak cukup mantap semalam




Pasangan kita tewas street set. Namun kalau dilihat dari surok langkah kedua pemain inda patut-patut kalah hehehe. Faktor pengalaman dan fizikal mungkin baik dijadikan jawapan.
Tahniah! atas tentangan yang diberikan kepada pihak lawan





Menambah 3 mata penuh setelah menewaskan pasukan lawan dengan kiraan street set
Semoga terus mantap dan kukuh di perlawanan yang seterusnya





Jangan pandang sebelah mata, pemain kita yang di posisi belakang menunjukan prestasi permainan yang cukup mantap. 'Backhand Smash' banyak mengutip mata tambahan. Regu ini mendapat perhatian dan sorakan gemuruh dari penonton. Mata kutipan kejar-mengejar di antara dua pihak, namun regu kita berjaya menyudahkan perlawanan dengan bergaya setelah mengutip 3 mata penuh.




Permainan Pipit Membibil dan anaknya kali ini cukup menjadi. Beberapa kali smash maut dilimparkan ke pihak lawan. Pemainan cukup seimbang dan mendebarkan, namun kita mencuri 2 mata dari regu ini.


Pertarungan yang cukup sengit, pemain muda kita bermain dengan baik dan agressip sekali...Syabas. Mampu jua mengutip 1 mata.


Tahniah kepada pasangan adik-beardik kita. Walau baru memegang riket namun mereka memperlihatkan kesungguhan yang tinggi. Dont wory teruskan latihan... pasti berjaya



Jutaan penghargaan kepada kedua-dua keluarga kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sehingga perlawanan semalam berjalan dengan lancar dan sempurna.
Wassalam