Sunday, 21 February 2010

Kenangan Indah


Pada Cuti Tahun Baru Cina yang lalu rombongan AiHM & CiHM mengambil kesepatan beriadah di hujung kuala Tutong. Suatu ketika dahulu tempat ini memang tidak asing bagiku kerana hampir setiap minggu aku memancing di sini. Soal dapat ikan atau tidak itu tidak menjadi masalah yang penting 'keseronokan'

Kadang-kadang kalau tidak memancing kami sekeluarga bekelah di sini. Ketika itu yang popular dibakar ialah Ikan Terubuk dan sayap ayam. Namun sekarang Ikan Banang mengamil alih Ikan Terubuk, gara-gara kunjungan ke Sabah tahun lalu.


Sedang berjalan-jalan di persisiran pantai tiba-tiba terserempak dengan huruf H, apa lagi shootlah terus almaklum ada kaitan dengan nama seseorang. Kesian... macamana huruf ini boleh terdampar di sini. Entah sudah berapa lama ia berada di sini. Atau mungkin ia menunggu kehadiran mereka yang ada sangkut paut dengannya. Entahlah..... Namun itulah tabiat laut kadang-kala ia mengganas seganas-ganasnya. Ia boleh menenggelamkan apa saja atau siapa saja yang berani bermain di dadanya. Hatta kapal raksaksa sekalipun boleh ditenggelamkannya. Namun pada suatu ketika yang lain ia boleh tenang setenangnya seolah-olah mengajak kita bergembira bersamanya. Yang penting kita jangan terlalu alpa.



Sekali ombak mengempas sekali pantai berubah. Begitulah manusia yang sentiasa inginkan perubahan dan kelainan. Namun tidak kurang pula ada yang hanya mengejar bayang-bayang atau dikejar oleh bayang-bayang sendiri.


Desiran angin pantai sangat menggamit perasaan. Memang indah untuk mengingati kenangan biarpun tidak semua kenangan itu indah. Perubahan akan sentiasa berlaku namun pantai tetap setia menanti kehadiran ombak menghempas dadanya.

Berkongsi pengalaman itu banyak faedahnya, apatah lagi kepada mereka yang belum mempunyai ilmu mengenainya. Bukankah pengalaman itu sebaik-baik guru bagi seseorang.

Wassalam.