Sunday, 19 December 2010

HALA TUJU

Hidup perlu ada wawasan, perlu ada perancangan, perlu ada tujuan dan perlu ada kesepakatan. Tanpa itu semua; hidup kita tidak ubahnya seperti kapal yang terumbang-ambing dipukul ombak. Atau mungkin ibarat lukut yang ditampi dalam sebiji niru. Hala tuju kehidupan bukan sekedar dilihat dengan pandangan mata tetapi perlu disertai dengan pandangan mata hati yang didampingi dengan niat yang tulus dan suci.
Hari ini mungkin kita mampu tersenyum lebar dengan kehidupan kita, kerana rintangan hidup yang melanda hanya sebesar kuku. Atau kita masih mampu mengharungi kehidupan sendirian tanpa bantuan orang lain. Namun sedarlah kehidupan akan sentiasa berubah, ibaratnya pantai yang sering berubah apabila dipukul ombak....sekali air bah sekali pantai berubah.
Jadikan pertemuan hari ini sebagai sukat-sukat untuk masa mendatang, apabila kita harus hidup sendirian.

Masa depan penuh cabaran, hadapilah ia dengan kesabaran dan kebenaran


Hari ini kita berkumpul ria, esok atau lusa kita akan berpisah maka hargailah perhimpunan ini dengan sebaik-baiknya agar tiada penyelesan dari perhimpunan ini


Cantik tetapi sepi dan kaku
Jangan biarkan kehidupan kita sepi dan sunyi



Diam bukan bererti kalah
Jadi seperti resmi padi 'semakin tunduk semakin berisi'




Mesra tapi rindu ... hehehe itulah kehidupan




Bersatu teguh bercerai roboh
Tiga serangkai yang sentiasa bersatu bukan disatukan



Nasihat adalah sebaik-baik pengajaran
Lama hidup banyak dirasa, jauh perjalanan banyak pengalaman
Kongsi-kongsikan dong kepada yang muda-muda



Lucu tetapi tegas



Wasalam

Sunday, 5 December 2010

BANJIR

Biarpun kejadian banjir kali ini tidak seteruk yang berlaku pada awal tahun 2009 dahulu; namun ia masih meninggalkan impak yang mendalam kepada penduduk kampung ini. Setiap kali hujan lebat berlaku, setiap kali itu juga mereka berasa cemas, resah dan tidak lena tidur.


Bangunan sekolah juga tidak terkecuali daripada malapetaka banjir ini. Malah pada Tahun 2009 yang lalu air banjir memasuki ke bilik-bilik tingkat bawah bangunan sekolah.

Jalan masuk ke sekolah


Jalan masuk dari belakang


Lawatan kerja melihat keadaan banjir dari pegawai-pegawai bahagian pendidikan rendah



Bilik Perpustakaan Sekolah yang pernah dimasuki air banjir pada Tahun 2009
Sebagai langkah berjaga-jaga segala buku-buku bacaan disimpan ke tempat yang lebih selamat



Berbincang mengenai perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera jika berlaku sebarang kemungkinan



Peralatan elektrik dan buku-buku disimpan ke tempat yang tinggi




Fail/dokumen perlu diselamatkan





Peralatan Pejabat disimpan ke tempat selamat





Keadaan rumah yang dikelilingi air banjir



Perahu menjadi alat perhubungan sementara penduduk kampung



Wassalam.

Thursday, 2 December 2010

MAJLIS PENUTUP PERSEKOLAHAN

Khamis 18 Zulhijjah 1431/ 25 November 2010 - Atur cara majlis bermula jam 8.30pgi. majlis sambutan pada tahun ini agak sedikit berbeza dari tahun yang sudah-sudah. Kali ini tiada alunan lagu yang didindangkan, tiada jari-jemari lembut yang menari, tiada watak hitam-putih yang didramakan, dan tiada sajak yang hendak dipuisikan. Satu perubahan, satu pembaharuan dan satu keputusan telah disepakati.

Format persembahan pada tahun ini berbentuk pameran hasil kerja murid di bilik-bilik darjah dan aksi murid dalam beberapa kaedah pembelajaran yang pernah dipelajari sepanjang Tahun 2010 ini. Majlis Penutup Persekolahan Tahun 2010 membawa tema 'Mengenali Pendekatan SPN21'. Ini adalah kesempatan atau peluang istimewa kepada ibu bapa menyaksikan secara langsung kelibat anak-anak mereka mengikuti pembelajaran.
Tetamu kehormat majlis bersama pengerusi, ketua kampung dan jemputan khas

Tiada guna ada perahu jika tiada pengayuhnya
Tiada guna ada majlis jika tiada tutur bicara
Harapan dan cita-cita diimbau dalam kata-kata


SPN21 berorentasi 'Fun, Play and Learn More', 'Student Centered', and 'Thinking Skill' bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.


Pembelajaran ICT sudah mula dikenalkan kepada murid-murid Tahun 1
Dalam era dunia komputer generasi sekarang harus celik ICT


Murid yang cemerlang diberi ucapan dan hadiah penghargaan


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memotivasi kemajuan pelajaran anak-anak




Hasil kraftangan ibu bapa turut dipamerkan sebagai model semangat kepada murid-murid


Kalah dan menang bukan ukuran
Yang penting semangat juang, kerjasama dan kesatuan



Wassalam.


Saturday, 30 October 2010

TEMUJANJI


18 Zulkaedah 1431/26 Oktober 2010 - Dilakukan perjumpaan bersama Guru-guru Agama SR. Penapar bagi menerangkan Program SMK (Sekolah Mempromosi Kesihatan) yang secara tidak langsung terlibat sama bagi menjayakan program ini. Di samping itu perjumpaan ini juga bertujuan bagi mengeratkan perhubungan dua hala di antara dua belah pihak.




Guru Pengawas SMK memberi penerangan dan kongsisama mengenai program yang diperolehi dari bengkel-bengkel yang diikuti



GB mengambil kesempatan mengusulkan beberapa cadangan mengenai kerjasama dan komitmen di antara dua pihak bagi mewujudkan sebuah organisasi yang kondusif, mesra dan padu


Guru-guru Agama petang



Selepas sahaja perjumpaan bersama guru Agama petang, datang pula serombongan pegawai dari Bahagian Bangunan bagi proses penyerahan tapak bangunan sekolah baru




Bernegosiasi mengenai kesesuaian kedudukan bangunan baru





Memikirkan perkara-perkara yang perlu ditambah sebelum proses pembinaan dijalankan







Keputusan sudah dibuat
Kata sepakat sudah diambil
Muafakat itu berkat







Thursday, 28 October 2010

KURNIA KEMUDAHAN

Alhamdulilah; baru-baru ini kerja-kerja mengganti elektrik post yang sudah usang dimamah usia telah dilakukan. Betapa besarnya pemedulian kerajaan kita terhadap kesejahteraan rakyatnya. Justeru itu sama-samalah kita menjaga atau mendokong keselamatan harta-benda ini agar terus berbaloi dengan usaha dan belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan.






Bersyukurlah dengan yang ada
Dan janganlah berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit
Wassalam.

Saturday, 28 August 2010

SHAMRA


Ketenangan ada di mana-mana
Wassalam

Thursday, 12 August 2010

SCIENCE TRAIL CHALLENGE

Isnin 09 Ogos 2010 yang lalu JAPSER Tutong II telah mengendalikan "Science Trail Challenge" anjuran Pusat STEP dengan bantuan kewangan dari Brunei Shell, di SR. Danau Tutong II. Satu pameran Sains juga diadakan pada hari yang sama. Dalam pameran tersebut membabitkan dua orang CiHM yang bertugas menjaga petak pameran masing-masing.

Acara perasmian

Peserta dari SR. Penapar mengejar masa bagi menyelesaikan soalan-soalan pada 7 station yang disediakan. Alhamdulilah mereka menduduki tempat ke-3 pada hari itu

Alai Fizah mengawasi pameran SR. Penapar bagi memberi penerangan kepada pengunjung


Kelihatan dia dan temannya memberi penerangan kepada pengunjung



Alai Ijah juga diberi peranan mengawasi pameran sekolahnya SR. Tumpuan Telisai


Uncle Ramli menyaksikan pameran selepas bertugas sebagai hakim station

Alai Ijah bersama mothernya

' Effects of Smoking' dipamerkan oleh SR. Penapar

Electricity melalui model butterfly yang diterangkan oleh Alai Fizah dipameran tersebut



Tahniah kepada CiHM yang dapat menjalankan tugasan dengan baik
Semogalah pengalaman ini akan menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka pada masa mendatang
Wassalam

Sunday, 8 August 2010

ULANG TAHUN KE-50

Setiap 8hb Ogos menjelang, setiap kali juga tanggal itu dikenang. Masa pasti akan berlalu dan terus berlalu tanpa berhenti walau sedetik. Usia semakin meningkat namun ajal semakin mendekat. Akan adakah lagi nafas-nafas panjang pada esok hari, hanya Allah yang maha mengetahui. Ya Allah berilah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat serta perelokanlah budi pekerti kami Ya Allah.

Apa difikir apa dijeling
Tanpa terasa anak-anak sudah dewasa
Semoga sisa-sisa hidup ini akan terus berbahagia

Aiiik sampat lagi bekaraoke. Di mana tu? Nda sound2 jua




Keluarga tersayang


Dan keluarga tercinta


Leo - Garang tapi baik hati

Jangan kurang cuba, karang kena ucap kitani ketinggalan jumpug

Susah jua mengoder makanan yang jarang-jarang dirasai ani, menu orang putih lagi tu







Sekian dulu buat kali ini
Kepada yang mengutuskan salam diucapkan ribuan terima kasih
Kepada isteri dan anak-anak tersayang terima kasih atas perhatian dihari jadi ini
Semoga kita semua sentiasa di dalam peliharaan-Nya
wassalam.