Sunday, 5 December 2010

BANJIR

Biarpun kejadian banjir kali ini tidak seteruk yang berlaku pada awal tahun 2009 dahulu; namun ia masih meninggalkan impak yang mendalam kepada penduduk kampung ini. Setiap kali hujan lebat berlaku, setiap kali itu juga mereka berasa cemas, resah dan tidak lena tidur.


Bangunan sekolah juga tidak terkecuali daripada malapetaka banjir ini. Malah pada Tahun 2009 yang lalu air banjir memasuki ke bilik-bilik tingkat bawah bangunan sekolah.

Jalan masuk ke sekolah


Jalan masuk dari belakang


Lawatan kerja melihat keadaan banjir dari pegawai-pegawai bahagian pendidikan rendah



Bilik Perpustakaan Sekolah yang pernah dimasuki air banjir pada Tahun 2009
Sebagai langkah berjaga-jaga segala buku-buku bacaan disimpan ke tempat yang lebih selamat



Berbincang mengenai perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera jika berlaku sebarang kemungkinan



Peralatan elektrik dan buku-buku disimpan ke tempat yang tinggi




Fail/dokumen perlu diselamatkan





Peralatan Pejabat disimpan ke tempat selamat





Keadaan rumah yang dikelilingi air banjir



Perahu menjadi alat perhubungan sementara penduduk kampung



Wassalam.

1 comment:

  1. --Pengalaman berharga warga sekolah yang belum tentu dialami oleh semua warga sekolah.
    --Syabas adikku...rakaman ini sangat menarik.
    --Melihat gambar kedua terakhir,sebuah rumah dikelilingi air, ingatanku berputar kembali ke zaman silam kira-kira 48 tahun yang lalu..Disember 1962. Banjir melanda kampung kami akibat hujan turun tanpa henti. Adikku yg ada dalam gambar ini masih kecil sekali...Almarhum ayah mengharung air bah separas dadanya untuk menjuluk buah cempedak muda buat sayur kami sekeluarga.
    --Semoga roh ayahnda sentiasa dirahmati Allah, amin. AL-FATIHAH.

    ReplyDelete