Sekitar jam 8.28 pagi kulihat sinar sang suria memancar terang di celah-celah dedaun. Apakah ini pertanda musim tengkujuh akan berakhir melanda bumi kita. Minggu kebelakangan hujan lebat yang turun mencurah-curah menimbulkan implikasi komplek kepada beberapa kawasan di negara ini. Itulah kebesaran-Nya.
Dalam keghairahanku memerhatikan sinaran mentari pagi, tiba-tiba mataku terpaku pada serumpun cendawan yang tumbuh segar di celah-celah batu bunga. Sungguh ajaib.
Inilah dia cendawan yang dimaksudkan. Cendawan ini ialah 'cendawan batu'. Bagaimanapun nama saintifiknya saya kurang pasti.
Cendawan ini tidak boleh dimakan kerana ia keras macam batu
Selang beberapa minit kemudian, saya dikejutkan lagi dengan kejadian yang lebih aneh. Di sekitar cendawan tadi terdapat seekor ular kuning hitam dan seekor kura-kura paya. Jangan-jangan cendawan batu ini mempunyai kelebihan yang luar biasa. AWAS - Jangan percaya kepada yang tahyul. Sesuatu itu tidak boleh memberi kesan apa-apa kecuali Allah.
Ke mana perginya Siular kuning hitam itu?
Jangan-jangan masuk ke dalam rumah....
Ini BAHAYA. Aku mesti cepat bertindak kerana dalam rumah ada orang tua [Penaung CiHM]
Aku mesti bertindak cepat...
Nda sampai beberapa detik ular yang berbisa itupun mampu kujinakan dengan sekelip mata. Tidak perlu panggil bomba kerana mereka masih sibuk dengan kejadian tanah susur di merata tempat.
PERHATIAN
Kalau ada kejadian ganjil atau aneh akan kulaporkan lagi dari masa ke semasa untuk pengetahuan bersama. Namun perlu diingat bahawa segala yang saya paparkan di atas adalah PALSU BELAKA. Maka dalam kehidupan sehari-hari "Berhati-hatilah memilih antara kaca dengan permata" dan "Jadilah sebiji benih yang baik, jika jatuh ke laut akan menjadi pulau"
Sekian, jumpa lagi dilain kesempatan.
No comments:
Post a Comment