Wednesday, 30 December 2009

Perjalanan Ke Miri


Rabu 30 Disember 2009, dalam detik masa di penghujung usianya akan meninggalkan Tahun 2009 sekali lagi CiHM mencipta satu catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan apabila Penaung CiHM sama-sama turun padang menyertai perjalanan menggunakan bas ke Miri Sarawak. Seawal 6.30 pagi bas berangkat menuju ke lokasi dengan iringan doa yang dipimpin oleh Pengerusi CiHM. Doa yang ringkas tetapi tepat dan penuh makna dan pengertian.


Saya berasa perjalanan hari ini amat bermakna dan berharga bagiku juga bagi mereka yang menyertainya. Perjalanan bersamamu mama tidak mungkin kulupakan, malah kuberbangga dengan semangat juangmu yang tinggi terhadap kami. Engkaulah serikandi hidup kami.


Di wajahmu menampakan keikhlasan hatimu berjuang bersama kami. Restuilah cita-cita kami untuk terus bersatu dan menjadi sebuah ikatan keluarga yang kuat dan kental




Berdiri megah di perbatasan orang. Teruskan langkahmu dalam mengharungi perlumbaan hidup ini. Semakin jauh kita berjalan semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kita dapat





Bakal pendidik anak bangsa. Isikan dadamu dengan ilmu yang secukupnya. Jangan tanya apa bakti negara kepada kita tetapi tanyalah apa bakti kita kepada negara. Teruskan harapan dan cita-citamu


Tol Sungai Tujuh [M$10.00]
Dalam hidup ada batasannya. Begitu juga dengan undang-undang negara. Namun untuk berjaya dalam hidup berpeganglah dengan undang-undang Agama





Distinasi pertama yang dikunjungi oleh rombongan AiHM & CiHM
The Imperial Mall






Betuah rasanya dapat begambar bersama Penaung CiHM di rantau orang






Posting terakhir sebelum berangkat balik
[The Top Girls kali ahhh]



Inilah klik terakhirku untuk Tahun 2009 ini. Segala kesilapan harap maafkan. Maklum sajalah saya cuma insan biasa yang tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Wassalam



No comments:

Post a Comment