Ahad - 27hb Disember 2009 Keluarga CiHM & AiHM mencipta satu catatan sejarah yang sangat berharga apabila buat julung-julung kalinya membuat lawatan beramai-ramai ke Alat Kebesaran Diraja, NBD dengan baju tempahan khas bagi keluarga ini. Warna biru tua dengan sedikit jalur putih membawa makna yang tersendiri buat keluarga ini. Logo khusus bagi CiHM terpampang megah di depan sebelah kanan baju. Logo yang berkonsepkan "Insan, Iman & Ehsan" adalah hasil cipta AiHM yang bongsu dalam keluarga HM. Tahniah dan syabas!
Lihatlah betapa megahnya biru putih menyeberangi jalanraya dengan penuh disiplin, sambil diperhati oleh pelawat luar negeri yang kebetulan berada di situ pada waktu yang sama
Ini dia serikandi CiHM
Hidup CiHM!
Hidup CiHM!
Pelawat Asing yang kebetulan sama-sama tiba di lokasi lawatan
[Mungkin pelawat dari Negeri China]
Bergambar megah dengan baju CiHM
Semogalah perjalanan hidup kita sentiasa di landasan yang benar, dan semogalah kita sentiasa dalam peliharaan dan rahmat-Nya
AiHM pendokong kuat kepada CiHM tidak melepaskan peluang mengikut aksi anak-anak bagi memecah tradisi kolot dan ketinggalan zaman. Namun berpegang kepada konsep "Insan, Iman dan Ehsan"
Keluarga CiHM singgah menunaikan sembahyang Fardhu Zohor di Masjid Jamie Asri
Ini bererti baju CiHM turut sama bersujud menghadap Ilahi
Keluarga CiHM meneruskan perjalanan ke Taman Hutan Simpan Berakas
Bebola mata sentiasa memerhatikan kepada keluarga CiHM agaknya ingin tahu siapa garangan baju biru berjalur putih
Bebola mata sentiasa memerhatikan kepada keluarga CiHM agaknya ingin tahu siapa garangan baju biru berjalur putih
Baju CiHM berjaya dibawa ke menara bukit dengan berlatar belakangkan Laut China Selatan yang terbentang luas. Secara tidak langsung membawa pengertian yang hidup ini mesti berani menempuh ombak dan badai. Saya sangat pesimis yang CiHM mampu melakukan tranfomasi kehidupan yang berlandaskan Agama Islam
Ini dia wajah-wajah serikandi CiHM yang berfalsafah 'Cinta Harmoni Mesra'
Jangan tanya apa bakti ibu kepada kita, tetapi tanyalah apa bakti kita kepada ibu
Ini dia orang kuat CiHM
[Pengerak, pejuang dan pelaksana]
Sekian dulu, lain kali aku Klik lagi
Wasalam
No comments:
Post a Comment