Saturday, 5 September 2009

Tetamu di Pagi Jumaat

Pagi Jumaat - 14 Ramadan 1430/ 04.09.09
Hadir membawa beberapa botol air zam-zam oleh-oleh daripada mengerjakan Ibadah Umrah...Masyallah! sucinya hatimu. Engkau abang angkat keluarga iHM.


Sebenarnya dia berbangsa Cina, bapanya Cina Brunei (Kg. Subuk) manakala ibunya Cina Sabah (Sundar/Lawas/Lintang).

Bekerja 'Survey' seawal usia 16 tahun. Sewaktu bekerja di Daerah Tutong (Sinaut) dia bertemu dengan iHM dan dari situlah bermulanya detik besejarah bagi dirinya dan keluarga iHM ketika itu. Setelah memeluk Agama Islam beliau menjadi anak angkat kepada Keluarga iHM.

Setelah berkhidmat dengan pekerjaan 'Survey' selama 16 tahun beliaupun meninggalkan pekerjaan itu lalu berkelana ke Daerah Belait dan menceburkan diri dalam kerjaya Nelayan (Persendirian). Di situ beliau bertemu jodoh dengan gadis Pulau Hawai Belait.

Itulah saja cerita ringkas yang saya ketahui, saya yakin AiHM yang lain lebih mengetahui mengenai diri beliau. Sudi-sudikanlah mengongsikan cerita menarik mengenai diri beliau guna untuk pengetahuan anak-anak kita yang masih samar-samar mengenai diri beliau sebenarnya.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment