Saturday, 19 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran

Khamis : 27 Ramadan 1430/ 17 September 2009 - Dilangsungkan Majlis Khatam Al-Quran bagi CiHM di kediaman Awg. Salim dan keluarga. Majlis bermula seawal jam 4.15 ptg. Ini merupakan majlis kali ke-2 bagi CiHM. Projek amal ini turut disokong dan dikendali bersama oleh AiHM.

Majlis diserikan dengan 'Bunga Telor' yang beraneka corak.

CiHM membaca surah dengan tenang dan khusuk
mengikut giliran masing-masing


AiHM yang berpengalaman dalam majlis Khatam Al-Quran turun menyumbang ilmu kepada CiHM



Doa Khatam dibaca oleh sikecil molek
Beliau memang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam khal ini
"Sikecil berjiwa besar"

' Zikir Marhaban' juga dilakukan oleh Keluarga CiHM sendiri. Tahniah!



AiHM dan undangan istimewa
Terima kasih kepada bapa Hj. Ramle & Isteri kerana sudi hadir. Juga jutaan terima kasih pada sumbangan makanan yang dihulurkan, semoga rezeki kita akan terus bertambah-tambah

Ucapan salam dan kesyukuran bersama Penaung CiHM

Seorang demi seorang memohon restu dan keampunan



Bagi kaum Hawa biasalah tu, bersalam dan berpelukan


Beruntung masih berkesempatan dapat menatap wajah nini bini
Jangan pula dilupakan nini-nini laki kamu yang telah pergi buat selamanya biarpun kamu tidak pernah melihat wajah mereka

CiHM yang sangat sporting


Kecil-besar, tua-muda tidak melepaskan peluang
menunjukan kasih sayang masing-masing

Kebetulan juga pada hari itu, seorang AiHM menyambut hari ulang tahun
"Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur
dan terus berjaya dalam kehidupan"
Dik Kinah, how old is he? Are we sure he is 33...

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, masa-masa yang tersisa diisi dengan beberapa nasihat, juga jenaka dan peringatan yang disampaikan oleh tuan kesayangan kita.. hidup tuannn!

Sekian liputan ringkas mengenai Majlis Khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh CiHM. Semoga perkara berkebajikan yang dilaksanakan itu mendapat rahmat Allah dan semoga Allah mengangkat darjat kita ke suatu mercu yang lebih baik, Amin. Wassalm.

No comments:

Post a Comment