Monday, 22 March 2010

Selamat Ulang Tahun

Didoakan semoga sihat sejahtera dan terus ceria sepanjang masa.

Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri



Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak








Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik sekalipun hanya dengan menunjukan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu


Hidup yang berguna adalah ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai


Wassalam.
SHAMRA & Anak-Anak




Sunday, 21 March 2010

AKSI MENARIK

Perlawanan persahabatan pertama yang melibatkan regu lelaki dan perempuan. Semalam ada juga menurunkan pemain veteren yang pernah beraksi dalam permainan badminton lebih kurang 20 tahun yang lalu. Namun yang masih membanggakan adalah teknik menyerang dan bertahan masih dikuasai dalam menentang lawan. Bagaimanapun faktor usia, fizikal dan pengalaman our team tidak banyak yang menang

Cukup fokus dan konsentrasi usul pasangan ani




Pengalaman adalah sebaik-baik pengajaran. Short drop yang memukau dan mengunci kaki lawan. Sila teka siapa pemain ini dan siapa pasangannya?



Wassalam.

Monday, 15 March 2010

KONFORM

PERLAWANAN BADMINTON PERSAHABATAN


Dengan hormat mengenai perkara di atas sukacita memaklumkan kepada semua pemain yang tersenarai di bawah agar dapat hadir :


Pada : 20 Mac 2010
Jam : 6.45 ptg. (Lepas Sembahyang Fardu Maghrib)
Tempat : Pusat Sumber Sinaut Tutong


Sehubungan itu diingatkan juga agar kita sama-sama memberi kerjasama menjaga kebersihan dan keselesaan dewan semasa perlawanan itu nanti.


Sekian untuk makluman dan tindakan bersama.
Wassalam.




[Abd. Hamid Hj. Mohamad]

Pengurus Perlawanan



SENARAI PEMAIN : [Raqib/Hakim/Mansyor/Amin/Afiq/Adrul & Isteri/Azlan & Isteri/ & AiHM.

Friday, 12 March 2010

Semangat Badminton

Memang inda dapat disangkal permainan badminton merupakan hobi yang paling digemari oleh AiHM. Masih segar dalam lipatan ingatanku dulu-dulunya kami bermain di gelanggang tanah di rumah Panchor Papan. Reket disupply oleh Kumbangmu yang dibawanya dari Malaysia ketika menuntut di sana. Setelah aku menjadi guru, kami bermain di gelanggang SR. PMM Kuala Tutong. Di sana kami mencatat sejarah besar kerana memenangi beberapa perlawanan sempena hari puja usia Kebawah Duli Paduka Sultan. Namun prestasi permainanku semakin menurun setelah mengalami kecederaan lutut kaki.

Like father like son



Heheheeee, masa ani pakai kiraan baru..... 21. Inda lagi main over, over

Selain daripada teknik menyerang, ketahanan mental juga penting dalam perlawanan





Dalam perlawanan harus fokus






Bergu : Kesefahaman di antara kedua pemain penting

Friday, 5 March 2010

Tetamu

Semalam [Khamis 04.03.2010] saudara lelakiku datang seorang demi seorang tanpa perancangan, sehingga kami berkumul lima beradik. Alangkah sayu bercampur terharu hati ini kerana dapat berkumpul secara spontan. Terasa suatu tenaga dan aura yang luar biasa muncul dari diri masing-masing. Sekitar 40 - 45 tahun yang lalu sewaktu kami masih kanak-kanak, kami sering bermain timbak-timbak, bersilat, bubut-bubut dan mandi berkubang di sebatang anak sungai di hadapan rumah di Kg. Sinaut. Namun yang selalu kami lakukan adalah 'begagut'. Bagaimanapun suatau yang dapat dibanggakan adalah kami tidak memiliki rasa dendam. Setelah usia menjangkau dewasa kami semakin bersatu dan akan terus bersatu.

Alhamdulilah, anak buah kami juga ikut bersatu bersama kami


Siapa agaknya yang berbicara dan apa yang dibicarakannya tu, sehingga fokus banar usul durang mendangarnya; lebih-lebih lagi situpi haji atu sampai condong ke kiri bah. Memang seru ceritanya tu pa. Jangan-jangan lagi nonton movi memburu hantu kali


Ini dia our sporting mama, sister n brother inlow. Biar waktu telah larut malam namun perbualan masih rencak kedengaran. Sibaju biru atu apa lagi kes nyangotlah tu...


Aik, tadi pa aji ani condong ke kiri ani ke kanan tia lagi. Siapa lagi yang jual kelintong, jangan-jangan si jubah itam kali tu. Orang atu banyak modelnya tu lebih-lebih lagi kisah kami damit-damit di Sinaut dulu habis dibungkarnya... sepindat bubuslah, kuraplah, ayam gorenglah, main kitotlah dan macam-macam lagi yang mengasyikan untuk didengar dan diketahui. Cerita punya cerita jarum jam melewati angka 1 pagi, baru kami bersurai ataupun sambung lagi sekajap di luar pintu around 5 ke 10 minit baru tah sah berlalu


Pagi Jumaat lain pula ceritanya, Alai Fizah bemain dengan SiFarah. Biasalah tu hobi kanak-kanak suka main jual-jual, cikgu-cikgu, kawin-kawin dan macam-macam lagi.

Sekian dulu, lain kali aku klik lagi

Semoga akan terus ada pertemuan indah seperti ini dalam keluarga kita

Wednesday, 3 March 2010

ALAI FIZAH BERAKSI DI PERLAWANAN 'NETBALL'

Hari ini Rabu - 03.03.2010. Perlawanan Bola Jaring peringkat saringan bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II dilangsungkan di Padang SR.Muda Hashim Tutong. Turut beraksi dalam perlawanan berkenaan adalah 'alai fizah' mewakili SR. Penapar Tutong II menentang SR. PKN Bukit Beruang Tutong II. Memang sudah diduga atau dicongak-congak dalam kertas fikiran memang agak sukar untuk menentang sekolah gergasi itu. Namun persembahan permainan SR.Penapar cukup membanggakan, lebih-lebih lagi pada minit-minit awal menampakan permainan dikuasai oleh SR. Penapar... sekurang-kurangnya empat peluang tidak dapat dimanfaatkan oleh GS dengan sempurna.

Bagaimanapun pihak lawan lebih bernasib baik dan mampu menggunakan kelebihan ketinggian fizikal mereka.... SR.Penapar tewas 1 - 5 setelah wisel penamat dibunyikan.

Barisan pemain bersama guru-guru pengawas

Tiga sekawan beraksi dengan mantap

Cuaca sangat panas, namun semangat juang pemain tetap membara
Cuba memberi tentangan hebat


Ewah anak Guru Besar kena payungkankah?




Inda sia-sia CiHM mengadakan permainan 'Netball' tempoh hari, sekurang-kurangnya memberi banyak kemajuan kepada wakil CiHM dalam perlawanan ini. Maka teruskan aktiviti sihat itu pada masa mendatang. Wassalam

Sunday, 21 February 2010

Kenangan Indah


Pada Cuti Tahun Baru Cina yang lalu rombongan AiHM & CiHM mengambil kesepatan beriadah di hujung kuala Tutong. Suatu ketika dahulu tempat ini memang tidak asing bagiku kerana hampir setiap minggu aku memancing di sini. Soal dapat ikan atau tidak itu tidak menjadi masalah yang penting 'keseronokan'

Kadang-kadang kalau tidak memancing kami sekeluarga bekelah di sini. Ketika itu yang popular dibakar ialah Ikan Terubuk dan sayap ayam. Namun sekarang Ikan Banang mengamil alih Ikan Terubuk, gara-gara kunjungan ke Sabah tahun lalu.


Sedang berjalan-jalan di persisiran pantai tiba-tiba terserempak dengan huruf H, apa lagi shootlah terus almaklum ada kaitan dengan nama seseorang. Kesian... macamana huruf ini boleh terdampar di sini. Entah sudah berapa lama ia berada di sini. Atau mungkin ia menunggu kehadiran mereka yang ada sangkut paut dengannya. Entahlah..... Namun itulah tabiat laut kadang-kala ia mengganas seganas-ganasnya. Ia boleh menenggelamkan apa saja atau siapa saja yang berani bermain di dadanya. Hatta kapal raksaksa sekalipun boleh ditenggelamkannya. Namun pada suatu ketika yang lain ia boleh tenang setenangnya seolah-olah mengajak kita bergembira bersamanya. Yang penting kita jangan terlalu alpa.



Sekali ombak mengempas sekali pantai berubah. Begitulah manusia yang sentiasa inginkan perubahan dan kelainan. Namun tidak kurang pula ada yang hanya mengejar bayang-bayang atau dikejar oleh bayang-bayang sendiri.


Desiran angin pantai sangat menggamit perasaan. Memang indah untuk mengingati kenangan biarpun tidak semua kenangan itu indah. Perubahan akan sentiasa berlaku namun pantai tetap setia menanti kehadiran ombak menghempas dadanya.

Berkongsi pengalaman itu banyak faedahnya, apatah lagi kepada mereka yang belum mempunyai ilmu mengenainya. Bukankah pengalaman itu sebaik-baik guru bagi seseorang.

Wassalam.