Hari ini Rabu - 03.03.2010. Perlawanan Bola Jaring peringkat saringan bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II dilangsungkan di Padang SR.Muda Hashim Tutong. Turut beraksi dalam perlawanan berkenaan adalah 'alai fizah' mewakili SR. Penapar Tutong II menentang SR. PKN Bukit Beruang Tutong II. Memang sudah diduga atau dicongak-congak dalam kertas fikiran memang agak sukar untuk menentang sekolah gergasi itu. Namun persembahan permainan SR.Penapar cukup membanggakan, lebih-lebih lagi pada minit-minit awal menampakan permainan dikuasai oleh SR. Penapar... sekurang-kurangnya empat peluang tidak dapat dimanfaatkan oleh GS dengan sempurna.
Bagaimanapun pihak lawan lebih bernasib baik dan mampu menggunakan kelebihan ketinggian fizikal mereka.... SR.Penapar tewas 1 - 5 setelah wisel penamat dibunyikan.
Inda sia-sia CiHM mengadakan permainan 'Netball' tempoh hari, sekurang-kurangnya memberi banyak kemajuan kepada wakil CiHM dalam perlawanan ini. Maka teruskan aktiviti sihat itu pada masa mendatang. Wassalam
No comments:
Post a Comment