Sabtu: 10 Julai 2010 - Sekitar 7.00 pagi sebilangan AiHM & CiHM melakukan aktiviti riadah di Taman Tasek Lama. Aktiviti ini dilakukan secara suka-suka; di samping untuk mengenali secara dekat keindahan, perubahan dan keunikan tasek ini. Kepada AiHM & CiHM yang tidak berksempatan mengikuti aktiviti pada hari ini jangan berputus asa; Insyallah kita akan membuat kunjungan susulan ke tasek ini pada masa mendatang.
Kunantimu di tepi tasek
SiKecil berlari gembira memanfaatkan aktiviti yang dilakukan. Memang banyak faedah atau pengajaran yang boleh diperolehi melalui kegiatan ini.
Yang kamu-kamu tidak perlu berlari deras seperti anak-anak muda, cukuplah dengan langkah-langkah kecil. Kamu-kamu bukannya memburu kemenangan tetapi memburu kesihatan, kedamaian, dan kekeluargaan.
Ikatan kekeluargaan di luar rumah sangat tinggi nilainya bagi kami-kami
Biarpun kami berada di puncak menara yang tidak setinggi mana namun kami membawa meseg yang sangat besar ertinya kepada AiHM & CiHM. Semoga kami akan terus teguh, bersatu hati dan berhemah tinggi.
Percayalah walaupun kami-kami berada di puncak tinggi, namun kami-kami tidak akan lupa kepada yang di bawah kerana di situlah permulaan kami-kami
Jika ingin berjaya, bermulalah dari bawah dan bersabarlah menghadapi segala rintangan
Taman Tasek Lama kami tinggalkan dengan langkah gembira. Kami bawa pulang pengalaman yang berharga dan kami kagumi ciptaan Ilahi.
Wassalm
