Sunday, 30 August 2009

Thursday, 27 August 2009

MENU 6 RAMADAN 1430H

Menu istimewa bagi Penaung CiHM


Soto and begedil daging. Memang best punya

Selamat menunaikan ibadah Puasa

Wassalam



Saturday, 22 August 2009

JUADAH 1st Ramadhan












Selamat menunaikan Ibadah Puasa
Semoga amal kebajikan kita diterima Allah
Semgoa kita akan terus dipertemukan dengan Bulan Rahadhan pada masa-masa mendatang


Saturday, 8 August 2009

KASIHMU KASIHKU

Hari ini, 8 Ogos mencetus beberapa catatan indah dalam diari hidupku
Menyampaikan cenderamata kepada guru yang bertukar

Menyampaikan cenderamata kepada guru yang bersara


Di sekolah pagi tadi aku sangat terharu apabila guru dan murid-murid menyanyikan 'Selamat Hari Jadi' untukku


Menyampaikan hadiah kuiz aktiviti perpustakaan sekolah

Sebenarnya, aku tiada semangat untuk membesar-besarkan hari ulang tahunku kali ini; bagiku segala-galanya sudah berlalu bersama usia-usia yang lalu. Aku hanya bersyukur kerana dapat terus bernafas di bumiNya ini. Namun di belakang pengetahuanku ada yang merancang secara sembunyi-sembunyi. Image berikut menceritakan segala-segalanya.


Kek Harijadi tersedia di atas meja
Aku diarah untuk memotongnya, sambil diiringi lagu selamat harijadi
Dalam bibirku mengukir senyum namun kalbuku pula menangis terharu
Budi baik kamu tetap kukenang hingga ke mati


Tuan Zul mengenalkan 'Orang Jepun' menjadi tetamu istimewa pada malam itu
Inilah hadiah yang paling berharga dalam hidupku
Sama sekali tidak kuduga. Inilah kasihNya



Antara wajah yang membuat kejutan
Dari kilasan wajah memang mereka pakar dalam rancang-merancang



Budaya beampit-ampitan memang menjadi suatu kemastian dalam sesebuah keluarga. Yang tua dihormati, yang kecil disayangi, yang tiada tetap didoakan



Sentuhan pertama mencukil ambuyat daripada lelaki Jepun, sambil ditunjuk cara oleh dua orang penduduk tempatan, dan diperhati oleh anak-anak yang ingin tahu aksi SiJepun makan ambuyat



Cuba buatkan lagi semangkuk ambuyat ani, macam kan lagi usul diorang ani



Apa difikirkan tu? Kan belajar bahasa Jepunkah?





Tiga aksi memegang 'Api'
'Api' juga berfungsi seperti chopstick



Wajah-wajah ceria, selesai menikmati juadah ambuyat


Semoga pada masa-masa mendatang ada kesempatan lagi acara indah seperti ini.
Biarpun acaranya sederhana namun cukup bermakna bagi kami, lebih-lebih lagi aku yang kehadiran 08 ogos.




Jutaan terima kasih kepada yang bersusah payah menyediakan hidangan kejutan, yang mengirim doa dan salam. Semoga kita sentiasa dalam peliharaanNya, dimurahkan rezeki dan menjadi contoh yang baik kepada orang ramai. Wassalam


Sunday, 26 July 2009

AKSI

Di mana ada kemahuan di situ ada 'lompatan'
Siapa cepat dia dapat




Sekadar untuk renungan minda. Wassalam


Tuesday, 14 July 2009

Di Celah Pohon

Kuintip engkau dari cecelah pohon. Yah, engkau memang ada di situ, malah mesti berada di situ. Jika engkau menghilang musibah besar akan terjadi pada diriku, pada kami, malah pada negara kami. Engkau sumber utama negara kami. Kuberharap agar engkau terus setia berbakti kepada kami. Kuberdoa semoga Allah akan terus mengurniakan rahmatNya kepada negara kami.














Wassalam

Saturday, 4 July 2009

IKLANIKA

Iklan yang menawarkan harga jimat, namun dalam pada masa yang sama ramai orang yang tidak berjimat ketika bercakap. Percayalah orang yang memakai jam yang mahal belum tentu dia seorang yang menepati waktu.


Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat "Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena" sangat sesuai kita praktiskan dalam kehidupan seharian.... boros itu saudara syaitan



Alat perhubungan yang semain cangih dan mempengaruhi hampir semua lapisan masyarakat



RUSTICA iklan perabot berjenama tinggi



Wabak H1N1 sudah semakin menular maka iklan ini jangan dipandang remeh





'Gemarkan sesuatu, dapatkannya lebih lagi'. Iklan yang bersifat 'konkrit' kalau disalah mengerti boleh mengajak kepada pembaziran. Dalam masa yang sama ia memberi nasihat kepada kita untuk terus berusaha bagi mencapai apa yang diingini




Iklan ada di mana-mana, terutama di tempat lalu-lalang dan tempat yang mudah dilihat







Iklan yang satu ini lain dari yang lain. Iklan ini membawa mesej yang tersendiri kepada seseorang. Iklan ini sangat menyentuh hati dan mencuit perasaan kepada CiHM. Iklan ini sudah menjadi 'trademark' kepada penuturnya. Namun kalau direnung dalam-dalam tiga frasa dalam iklan ini memang memberi pengertian yang bermakna kepada kita "selamat" "hari" "raya"....fikirlah sendiri






'Harimau Bintang' dijadikan bahan untuk memberi pengaruh kepada pembeli. Apa istimewa binatang ini dengan barangan yang dipromosikan. Apakah kegarangan, kecantikan, ketangkasan atau kegagahannya. Segala-segalanya terletak kepada selera dan cita rasa masing-masing.


Sampai di sini, lain kali saya klik lagi. Wassalam