Sunday, 8 August 2010

ULANG TAHUN KE-50

Setiap 8hb Ogos menjelang, setiap kali juga tanggal itu dikenang. Masa pasti akan berlalu dan terus berlalu tanpa berhenti walau sedetik. Usia semakin meningkat namun ajal semakin mendekat. Akan adakah lagi nafas-nafas panjang pada esok hari, hanya Allah yang maha mengetahui. Ya Allah berilah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat serta perelokanlah budi pekerti kami Ya Allah.

Apa difikir apa dijeling
Tanpa terasa anak-anak sudah dewasa
Semoga sisa-sisa hidup ini akan terus berbahagia

Aiiik sampat lagi bekaraoke. Di mana tu? Nda sound2 jua




Keluarga tersayang


Dan keluarga tercinta


Leo - Garang tapi baik hati

Jangan kurang cuba, karang kena ucap kitani ketinggalan jumpug

Susah jua mengoder makanan yang jarang-jarang dirasai ani, menu orang putih lagi tu







Sekian dulu buat kali ini
Kepada yang mengutuskan salam diucapkan ribuan terima kasih
Kepada isteri dan anak-anak tersayang terima kasih atas perhatian dihari jadi ini
Semoga kita semua sentiasa di dalam peliharaan-Nya
wassalam.


Monday, 12 July 2010

AKTIVITI CIHM

Sabtu: 10 Julai 2010 - Sekitar 7.00 pagi sebilangan AiHM & CiHM melakukan aktiviti riadah di Taman Tasek Lama. Aktiviti ini dilakukan secara suka-suka; di samping untuk mengenali secara dekat keindahan, perubahan dan keunikan tasek ini. Kepada AiHM & CiHM yang tidak berksempatan mengikuti aktiviti pada hari ini jangan berputus asa; Insyallah kita akan membuat kunjungan susulan ke tasek ini pada masa mendatang.

Kunantimu di tepi tasek



SiKecil berlari gembira memanfaatkan aktiviti yang dilakukan. Memang banyak faedah atau pengajaran yang boleh diperolehi melalui kegiatan ini.




Yang kamu-kamu tidak perlu berlari deras seperti anak-anak muda, cukuplah dengan langkah-langkah kecil. Kamu-kamu bukannya memburu kemenangan tetapi memburu kesihatan, kedamaian, dan kekeluargaan.





Ikatan kekeluargaan di luar rumah sangat tinggi nilainya bagi kami-kami






Biarpun kami berada di puncak menara yang tidak setinggi mana namun kami membawa meseg yang sangat besar ertinya kepada AiHM & CiHM. Semoga kami akan terus teguh, bersatu hati dan berhemah tinggi.







Percayalah walaupun kami-kami berada di puncak tinggi, namun kami-kami tidak akan lupa kepada yang di bawah kerana di situlah permulaan kami-kami

Jika ingin berjaya, bermulalah dari bawah dan bersabarlah menghadapi segala rintangan


Taman Tasek Lama kami tinggalkan dengan langkah gembira. Kami bawa pulang pengalaman yang berharga dan kami kagumi ciptaan Ilahi.





Wassalm

Wednesday, 16 June 2010

Taman Rekreasi Tasek Lama

16 Jun 2010 - Sekitar 3.45 ptg. saja-saja meluangkan masa ke Taman Rekreasi Tasek Lama. Tasek ini pernah saya kunjungi kira-kira 20 tahun yang lalu. Dalam jangka waktu yang begitu lama sudah pasti segala-galanya berubah dan berbeza.... cantik, unik, semulajadi, harmoni....





Mengalir terjun dengan perlahan seolah-olah menceritakan sesuatu kepada pengunjung
Maha besar ciptaan-Nya untuk kita berfikir dan mengambil ikhtibar



The Rock Climbing
Bagi yang masih bertenaga kental bolehlah mencuba mendakinya



Keindahan semulajadi yang sangat berpotensi bagi 'eco-tourism'




Unik dan menarik





Menara Taman Peranginan


Irama yang harmonis dan percikan air yang dingin






Sekian. Wassalam

Thursday, 27 May 2010

SHAMRA

SHAMRA23 & SHAMRA88


BE POSITIF

Half Full or Half Empty - Berbagai tanggapan yang boleh diwujudkan melalui ungkapan ini sama ada yang bersifat 'positif' atau 'negatif'.

Renungan :
Empat pekara yang sukar ditemukan kembali
  1. Batu yang dilontarkan
  2. Kalimat yang dilafazkan
  3. Peristiwa yang dilalui
  4. Masa yang ditinggalkan

Wassalam

Saturday, 22 May 2010

BERGADUH ATAU BERKAWAN

Sering kulihat Bunal dan Bunil bercakaran antara satu dengan yang lain. Juga bercakaran dengan ibu mereka. Dalam waktu yang sama siibu memberikan kasih sayang dengan menjilat-jilat bulu anak-anaknya. Mereka ini bergaduh atau berkawan? Hal ini mengundang banyak rahsia yang tersirat. Namun saya percaya mereka yang pakar dalam ilmu haiwan sedikit sebanyak dapat mengungkap rahsia sebenar.


Kalau dalam kategori manusia jika anak dan ibu saling bercakaran adalah sesuatu yang kurang elok dan menyalahi adat dan hukum. Namun pada zaman sekarang sesuatu yang kita fikirkan mustahil untuk berlaku ....berlaku juga. Kata orang "Dunia dah terbalik" Hahaha betulkah? Atau "Orang yang dah terbalik"

Wassalam

Thursday, 20 May 2010

Bunal and Bunil

'Bunal' dan 'Bunil' dua nama yang baru dicipta beberapa bulan yang lalu untuk dua ekor anak kucing yang lucu. Anak-anak kucing ini berbulu cerah, jauh berbeza dari warna bulu ibu mereka yang berwarna gelap. Sebut saja nama 'Bunal' atau 'Bunil' kedua-duanya akan meluru kepada suara yang memanggilnya.

Bunal dan Bunil memanjat dan bermain-main pada turus bunga Anggerik

Yang mana satu SiBunal or SiBunil. Kedua-duanya hampir serupa


Ini SiBunal




Ini juga SiBunal


Ini SiBunal and SiBunil bermain di pasu bunga. Carilah sendiri bagaimana untuk membezakan yang mana satu Bunal or Bunil....

Wassalam.