Sunday, 22 February 2009

LOVELY PREGNANT STRAY CAT











Kajang tuan kajang berlipat; kajang saya mengkuang layu, dagang tuan dagang bertempat, dagang saya dibuang lalu. Kesihanilah binatang; mereka juga punya persaan.

Sekian dulu lain kali aku Klik lagi. Wassalam

TASEK MERIMBUN

Taman Warisan Tasek Merimbun merupakan yang terbesar di Negara Brunei Darussalam. Taman ini mengandungi dua buah tasik air hitam yang bergabung melalui sebatang anak sungai. Air tasik ini hitam kerana airnya mengalir melalui hutan paya.


Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai salah satu Taman Kebangsaan Warisan ASEAN PADA 29 November 1984 dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri ASEAN mengenai Alam Sekitar di Bangkok, Thailand.










Aktiviti pembelajaran di balairaya Kg. Merimbun yang terletak di pinggir tasik




Aktiviti pembelajaran murid Prasekolah dari SR. Long Mayan Tutong II














Jika anda ada masa terluang berkunjunglah ke Taman Warisan Tasek Merimbun ini kerana keindahannya yang semulajadi, pemandangan yang menarik, udara yang segar dan persekitaran yang damai. Kenali Negara Kita.....


Saturday, 21 February 2009

TASEK MERIMBUN HERITAGE PARK

Tasek Merimbun Heritage Park is located in Mukim Rambai, Tutong District, 24 km from Tutong Town. It is accessible by car about 50 minutes from Pekan Tutong and 1 hour and 30 minutes drive from Bandar Seri Begawan.


Tasek Merimbun Heritage Park
is under the management of the Brunei Museums Department, Ministry of Culture, Youth and Sports, Brunei Darussalam.





Local Handicraf


















Side view of Tasek Merimbun




Tuesday, 17 February 2009

KETENANGAN PT.2

Ketenangan ada di mana-mana. Namun carilah ketenangan pada waktu yang sesuai, tempat yang selesa, suasana yang damai, pemandangan yang indah, .... yah carilah ketenangan mengikut cita rasa sendiri.


Ketenangan di hujung minggu di Pantai Muara. Pantai ini udah berwajah baru sekali-sekala berkunjunglah anda di sana. Carilah ketenangan, pasti jumpa....

Saturday, 14 February 2009

MENGHITUNG HARI





Biarpun guru-guru di sekolah ini sudah mengetahui bahawa sekolah ini akan berakhir perkhidmatannya dalam sedikit jangka waktu sahaja lagi, namun semangat mereka mendidik anak bangsa di kampung ini terus berkobar. Masalah penutupan sekolah bagaikan khabar angin bagi mereka.
Berbagai aktiviti 'Kokurikulum' diungkayahkan oleh guru-guru buat murid-murid kesayangan mereka. Semakin dekat detik penutupan sekolah semakin erat pula perhubungan guru dengan murid. Mereka seolah-olah tidak mahu perpisahan ini berlaku, namun apakan daya 'apa yang kita rasa tidak sama dengan apa yang orang fikirkan'



Ketika 'Flash Card' ditunjukkan kepada murid tanpa segan-silu mereka patuh membuatnya mengikut arahan yang dimahukan. Sayu rasanya melihat gelagat dan telatah mereka melakukan aksi-aksi yang diarahkan. Sebenarnya mereka belum tahu yang sekolah mereka akan ditutup. Kami guru-guru senghaja merahsiakan perkara ini kepada mereka kerana kami khuatir mood belajar mereka akan terganggu. InsyaAllah bila sampai saat yang paling sesuai kami akan beritahu kamu anak-anakku... Semoga kamu selesa berpindah dan belajar di sekolah yang baru.






Wajah-wajah comel murid Pra Sekolah, murid Tahun 2 dan murid Tahun 3 yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani. Bilangan mereka memang sedikit, itulah salah satu sebab kenapa sekolah ini akan ditutup.






Lihatlah betapa beraninya mereka mengangkat tangan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Inilah yang kami harapkan, kami mahu mereka berani bercakap dan berani tampil di khalayak ramai. Kami cuba sedaya upaya membawa arus kemordenan dalam kehidupan mereka. Sebilangan daripada murid-murid di sini belum pernah keluar ke bandar. Mereka belum dapat membayangkan apa itu 'The Mall', 'Super Market', 'Hotel' 'Restaurant' dan sebagainya.



Setiap minggu sebelum pelajaran dimulakan guru-guru akan memeriksa kebersihan kuku murid-murid. Guru-guru yang 'on duty' akan melakukan pemeriksaan ini. Begitu perihatinnya guru-guru di sini terhadap kesihatan murid-murid.



Selain aktiviti Bahasa Inggeris, guru-guru juga mengadakan aktiviti matapelajaran Mathematics yang bentuknya 'Solving Problems'. Aktiviti serupa ini sangat menarik minat murid, malah meninggalkan impak positif kepada proses pembelajaran murid.




Perlaksanaan SPN21 yang baru saja diaplikasikan di sekolah rendah mengamalkan pembelajaran yang menjurus kepada 'Fun, Play and Learn More'. Kelihatan di sini murid-murid melakukan aktiviti melukis, mewarna dan membuat model.







Bagi murid-murid yang bekebolehan sederhana, guru-guru akan membuat 'Individu Educational Programme' atau lebih dikenali dengan panggilan IEP, selama 30 minit sebelum sesi pelajaran pertama dimulakan.

Sekalung tahniah kepada guru-guru, semoga niat dan jasa baik abis cikgu itu mendapat ganjaran baik pada kemudian hari.





Lawatan daripada Jabatan Pembangunan dan Estet memeriksa keadaan sekolah yang sebahagian bilik darjahnya tidak selamat lagi digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil lawatan mengatakan bahawa proses penutupan sekolah ini akan diusahakan secepat mungkin. Maka kami di sini hanya menghitung hari untuk meninggalkan murid-murid kesayangan kami. Kami akan kehilangan senyum-tawa mereka, kami akan kehilangan suara-suara manja mereka, kami akan kehilangan hati-budi mereka, kami akan kehilangan kemesraan penduduk kampung, dan kami akan kehilangan suasana harmoni kampung.




Sekian dulu, lain kali aku klik lagi. Wassalam.

Thursday, 5 February 2009

FORD RANGER teruji di AIR BANJIR

RABU: 04 -02 - 2009 sekitar jam 1.15 minit pagi teman baikku [Cikgu Samehon Hj. Kaci] mengirim khabar melalui pesanan ringkas yang jalanraya Kg. Penapar tidak dapat dilalui oleh kereta kerana ditenggelami air setinggi 2.5 meter. Selang 3 jam kemudian PPKDT2 pula mengingatkan dalam smsnya agar saya mengarahkan guru-guru untuk melapor bertugas di sekolah yang berdekatan sahaja. Terima kasih Cikgu Samehon and Cikgu Abd. Kani atas informasinya.





Sebilangan guru SR. Long Mayan yang berkumpul di depan Kedai Usaha Tasbih Tg. Maya.
Mereka sudah berada di lokasi ini seawal jam 6 pagi.




Ini guru-guru dari SR. Kg. Bukit yang juga berkumpul bagi menerima arahan daripada guru besar mereka.







Namun hari ini Khamis 05.02.2009 saya terpaksa memberanikan diri mengharongi air dalam untuk pergi ke sekolah bagi menyelesaikan tugasan penting yang perlu dihantar ke Jabatan Sekolah-Sekolah.






Tenda putih bagi majlis perkahwinan
Apakah majlisnya sudah berlangsung atau belum. Kalau belum; memang sesuatu yang sangat berat untuk difikirkan......







Bangau oh bangau kenapa kau kurus?
Macam mana kutak kurus rumput .....
[bah sambung dalam ati ja]








Detik yang mencemaskan, Ford Ranger benar-benar teruji setelah mengharongi paras air melebihi lutut orang dewasa. Tiada kelihatan kenderaan lain yang melaluinya. Cuba bayangkan kalau enjen kereta mati di tengah perjalanan yang panjang jalannya ditenggelami air melebihi 300 meter. Aku hanya pasrah dan bertawakal kepada-Nya.




Deretan kenderaan yang parkir di tepi jalan







Kedai runcit yang dilanda banjir







Oii! keabau nda takut buayakah?





Di sekolah sempat kuberbincang dengan guru-guru yang tinggal di persekitaran sana agar mereka membantu memantau perjalanan dan keselamatan sekolah dan murid-murid khususnya semasa ketiadaanku selama banjir melanda.
Memandangkan mega hitam kelihatan memberat, aku hanya berada di sekolah dalam jangka masa yang singkat. Namun sempat kulihat wajah ceria murid-murid yang melambai-lambai tangan kepadaku mengucapkan selamat jalan or bye! bye! Kesian mereka...


Sekian dulu, lain kali ku klik lagi. Wassalam.

Monday, 2 February 2009

HARI JADInya di Jeruton Hotel



Aksi gembira CiHM






Alai fizah dengan sepotong sekoi, tiga gelas air and dua mangkok sop, hebat.. memang hebat cucu yang seorang ani.



Walau Q panjang sidia masih mampu senyum2 manja or senyum2 lapar.



Mengongsi sedikit pengalaman dengan anak buah mengenai MIB




Aiik sapa yang ari jadi... big boss or small boss? Anywhere selamat ari jadi kepada yang ari jadi, semoga sukses dalam semua lapangan.
"Try to start with SMALL and make it BIG"




UMUR semakin hari semakin bertambah, namun realitinya ia semakin berkurang pada hitungan KEMATIAN, maka marilah kita mempersiapkan bekal untuknya.